Sambungan
“Baik ibu. Jiha pergi dulu ibu, ayah.
Assalamualaikum,” aku melemparkan senyuman.
“Waalaikumusalam,”
disambut mesra oleh kedua orang tuaku.
Aku melangkah keluar dari rumah. Kawan-kawan aku
telah berdiri berdekatan dengan kereta aku. Kami memang selalu ke kolej menaiki
kereta. Tapi kereta aku selalu menjadi mangsa. Kami semua ada kereta
masing-masing kecuali Syefa. Kami ni sahut seruan kerajaan , KONGSI KERETA.
“Eh,
kejap, kita nak naik kereta apa ni?” aku kehairanan.
“Jom
naik BMW. Baru best!”ajak Mimi. Tiba-tiba, Nabila menolak kepala Mimi.”Woi kau
gila ke apa? Kita semua ni mana muat nak naik kereta tu,”
“Opps,
sorry. Aku selalu naik kereta tu, so dah terbiasa,”kata Mimi. Syiera memukul
bahu Mimi dengan buku yang dipegangnya.
“Dah
la tu. Kita naik kereta tu sudah. Asalkan selamat sampai. Jom naik,”ajak
Nadzirah sambil berjalan menuju ke kereta Honda Freed.
“Amboi
cik Zira, buat macam kereta sendiri nampaj,” perli aku. Aku berjalan mengekori
Syefa.
“Relaksla,
kadang-kadang bukannya selalu. Apa salahnya,” balas Nadzirah. Kamia semua masuk
ke perut kereta. Aku menghidupkan enjin kereta dan membetulkan tudung aku.
“Now, ready girls?”
tanya aku.
“Ready!”jerit
kawan-kawan aku. Aduh!! Boleh pekak aku dibuatnya. Aku mula memandu kereta. Nak
pergi kolej je bukannya nak pergi melancong.
Selepas 30 minit
Sampai juga akhirnya. Nasib baik jalan untuk ke
kolej aku tak sesak. Kalau sesak, matilah aku. Entah alasan apa aku nak bagi
kepada Prof. Murad. Aku melihat jam tangan jenama Rolex aku yang menunjukkan
pukul 8.45 pagi.
Aku dan Syefa mengambil kos yang sama iaitu kos
tentang ICT dan Teknologi.Mimi, Darahin dan Nadzirah pula ambil kos tentang
Sains dan Kesihatan. Biasala, bakal doktor muda. Syiera dan Nabila pula ambil
kos tentang kulinari. Walaupun kami tidak mengambil kos yang sama, kami masih
boleh lepak bersama.
Aku dan syefa
berjalan menuju ke makmal komputer. Kelas kmi akan bermula dalam 10 minit lagi.
Kamu berdua adalah antara pelajar yang sering masuk ke kelas awal. Aku membuka
buku
Comments
Post a Comment