Posts

Sambungan

“Baik ibu. Jiha pergi dulu ibu, ayah. Assalamualaikum,” aku melemparkan senyuman.             “Waalaikumusalam,” disambut mesra oleh kedua orang tuaku. Aku melangkah keluar dari rumah. Kawan-kawan aku telah berdiri berdekatan dengan kereta aku. Kami memang selalu ke kolej menaiki kereta. Tapi kereta aku selalu menjadi mangsa. Kami semua ada kereta masing-masing kecuali Syefa. Kami ni sahut seruan kerajaan , KONGSI KERETA.             “Eh, kejap, kita nak naik kereta apa ni?” aku kehairanan.             “Jom naik BMW. Baru best!”ajak Mimi. Tiba-tiba, Nabila menolak kepala Mimi.”Woi kau gila ke apa? Kita semua ni mana muat nak naik kereta tu,”             “Opps, sorry. Aku selalu naik kereta tu, so dah terbiasa,”kata Mimi. Syiera memukul bahu Mimi dengan buku y...

Sambungan

Pancaran matahari mencerahkan bilik aku. Aku melihat sekeliling aku. Mimpi rupa-rupanya. Tapi aku dapat rasa macam perkara ini betul-betul terjadi. Dalam kotak fikiran aku, tertanya-tanya siapakah lelaki yang memandang aku dan juga lelaki yang berada di belakang aku. Adakah mereka orang yang sama? Lupakan tentang mimpi dan alihkan pandangan ke meja sisi aku. Aku melihat jam loceng yang telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Aku bergegas bangun daripada katil dan mencapai tuala mandi. Aku terus menuju ke bilik mandi.    "Mana pula si Jiha ni? Dah pukul 8.00 pagi. Tak kan dia masih tak bangun lagi,” rungut Nabilah. “Cik Nabilah, kau ni macam tak tahu perangai Puteri Korea tu. Dia tu kalau mandi, setengah jam baru selesai. Itu belum tambah lagi dengan pilih baju dan tudung,”jelas Mimi. Aku bergegas bersiap-siap sebelum kawan-kawan aku mula bising. Inilah aku. Aku ni selalu lewat. Tapi, bila suruh awal, terlebih awal pila. Aku ni susah nak tepati masa kerana aku terlalu sibu...

Hari ini, Esok dan Selamanya

Bab 1 Lampu – lampu begitu menyinar. Aku memandang ke tingkat bawah dan melambai-lambaikan tangan ke arah kawan-kawan aku. Aku membetulkan baju dan tudung aku sebelum turun ke tingkat bawah. Oh, lupa pula. Hari ini ialah hari yang bersejarah bagi aku. Hari ini ialah hari lahir aku yang ke 21. Jadi, esok aku akan menjalani hidup aku sebagai orang dewasa. Keluarga aku sudah tentu mengadakan majlis hari lahir yang begitu meriah. Aku menyusun langkah untuk turun ke tingkat bawah. Kelihatan begitu ramai tetamu yang hadir dan sedang menjamu selera. Ibu dan ayah aku sidah tentu sedang berbual bersama-sama dengan rakan kerja mereka. Mereka berdua sentiasa sibuk tapi mereka tidak pernah mengabaikan aku. Aku berjalan mendekati kawan-kawan aku.             “Happy Birthday, Jiha. Nampaknya, esok kau akan hidup sebagai seorang yang telah dewasa,”kata Nadzirah.             “Thanks Z...

Sinopsis Hari Ini, Esok dan Selamanya

Puteri Nur Najiha Najwa merupakan seorang pelajar daripada sebuah kolej swasta yang ternama..Kolej ini hanya dapat menempatkan semua anak-anak keluarga yang berpangkat dan juga berada. Najiha berumur 21 tahun. Dia mempunyai 6 orang kawan baik yang telah bersama sejak berumur 10 tahun. Mereka semua berasal daripada keluarga berada kecuali Nur Syefa Amani.. Sejak daripada kecil, mereka belajar di  sekolah swasta. Tanpa pengetahuan kawan-kawannya,  Najiha mempunyai seorang kembar yang bernama Puteri Nur Najihan Najwa atau dikenali sebagai Jihan. Jihan telah hilang semasa kemalangan yang menimpa keluarga mereka sewaktu Najiha dan Jihan berumur 9 tahun. Najiha percaya bahawa Jihan masih hidup walaupun keluarganya menyangka Jihan telah mati dalam kemalangan itu. Pada suatu hari, Najiha tidak sengaja berkenalan dengan Tengku Mohd Faris Aizan iaitu seorang pelajar yang popular. Perkenalan mereka tidak disenangi oleh kumpulan The Best Girls. The Best Girls atau lebih dikenali seb...

Hari Ini, Esok dan Selamanya

Watak-watak Watak utama Perempuan Puteri Nur Najiha Najwa binti Tan Sri Zulkiffli Nur Syefa Amani binti Abdul Rahim Nurfarahin Liyana binti Datuk Mohammad Rafie Wan Nadzirah Dahli binti Datuk Meor Mohammad Amin Syarmimi Zarina Yolanda binti Datuk Mohammad Syariff Siti Nabilah Hasmie binti Datuk Ahmad Tahir Nur Syahira Sofea binti Datuk Mohammad Fadzil Lelaki Tengku Mohammad Faris Aizan bin Tan Sri Tengku Rashid Muhammad Adril Adrianne bin Datuk Idris Muhammad Khairil Akem bin Datuk Baharun Muhammad Nazril Idham bin Datuk Muzaffar Shah Watak Sampingan Kumpulan The Best Girls Ariana Qistina binti Tan Sri Durani (KETUA) Helina Izzlyn binti Datuk Hisham Fazira Hasniza binti Datuk Farid Zalia Nasrin binti Datuk Mazlan Ilyana Syaqiera binti Datuk Ilias Lain-lain Nazril Muhammad Aqil Putera Muhammad Ikhwan Zaidi (Abang Najiha) Tan Sri Zulkifli (Ayah Najiha) Puan Sri Madihah (Ibu Najiha) Puteri Nur Najihan Najwa (Kembar Najiha) Mak Jah (Pem...