Hari ini, Esok dan Selamanya

Bab 1

Lampu – lampu begitu menyinar. Aku memandang ke tingkat bawah dan melambai-lambaikan tangan ke arah kawan-kawan aku. Aku membetulkan baju dan tudung aku sebelum turun ke tingkat bawah. Oh, lupa pula. Hari ini ialah hari yang bersejarah bagi aku. Hari ini ialah hari lahir aku yang ke 21. Jadi, esok aku akan menjalani hidup aku sebagai orang dewasa. Keluarga aku sudah tentu mengadakan majlis hari lahir yang begitu meriah.
Aku menyusun langkah untuk turun ke tingkat bawah. Kelihatan begitu ramai tetamu yang hadir dan sedang menjamu selera. Ibu dan ayah aku sidah tentu sedang berbual bersama-sama dengan rakan kerja mereka. Mereka berdua sentiasa sibuk tapi mereka tidak pernah mengabaikan aku. Aku berjalan mendekati kawan-kawan aku.
            “Happy Birthday, Jiha. Nampaknya, esok kau akan hidup sebagai seorang yang telah dewasa,”kata Nadzirah.
            “Thanks Zira. Actually, aku dah tak sabar untuk melangkah ke alam dewasa. Maklumlah, aku seorang saja yang belum masuk 21,” balas aku dengan penuh rasa gembira.
            “Relaks girl. Tonight, kau enjoy puas-puas. By the way, family kau buat party ni okay juga. Not bad and at least they know how to make a happening birthday party,” kata Farahin.
            “Farahin, setiap tahun family Jiha adakan birthday party. But I agree with you. Birthday party kali ni memang best daripada tahun-tahun lepas,” Syefa memegang bahu aku.
Aku hanya tersenyum. Melayan karena kawan-kawan aku, sampai bila-bila tidak habis. Aku mengalih pandangan aku ke arah sudut ruang tamu. Tiba-tiba, aku terpandang seorang lelaki memandang aku. Lelaki itu memandang aku tanpa mengelipkan matanya. Aku berasa tidak sedap hati dan terus mengalih pandangan ke arah kawan-kawan aku. Tiba-tiba bahuku ditepuk oleh seseorang.
            “Hello Jiha!! Mengelamun ke? Dengar tak apa yang aku cakap ni?” tanya Mimi.
            “Eh, Sorry. Kau tanya apa tadi Mimi. Aku tak dengar pun,” kata aku.
            “Aduh, birthday girl ni. Aku tanya, boleh tak tolong ambilkan gambar kitaorang. Boleh pula doa mengelamun waktu-waktu ni. Lain kali, kau nak mengelamun boleh tapi tak payah mengelamun waktu majlis hari lahir kau,” Mimi menepuk dahinya.
            “Sorry… Okay, bagi aku ambil gambar kawan-kawan aku yang comel dan cantik belaka malam ni. Tapi malam ni saja yang cantik,” aku mencapai kamera yang dihulurkan oleh Nabilah.
            “Tak payahla kutuk kawan kau yang cantik ni. Tambah-tambah lagi aku ni. Confirm kalau G-Dragon nampak, terus melamar aku,” Syefa membetulkan tudungnya.
            “Yela tu. Bila pula aku jemput G-Dragon, aku pun tak tahu. Sooyoung, Minho dan Yesung memang aku jemput. Tapi disebabkan jadual mereka padat, mereka tak dapat datang pula,” aku menepuk bahu Syefa.
                “Excuse me, boleh tak kita ambil gambar sekarang? Tentang korea tu, nanti-nantilah kamu berdua bincang. Aku dah ready ni,” Mimi sudah naik bengang dengan perangai aku dan Syefa.
                “Okay, relaksla. Cepat posing, aku nak ambil gambar ni,” Kawan-kawan aku telah sedia dengan gaya masing-masing. Aku menghala kamera itu ke arah mereka. Tiba-tiba, aku dapat rasakan seperti seorang lelaki berdiri di belakang. Aku ingin menoleh tapi aku batalkan niat itu kerana kawan-kawan aku sudah mula bising. Tiba-tiba, lelaki itu meletakkan tangannya di atas tangan aku. Aku terkejut lalu melepaskan kamera itu.
                “JIHA!!!” kedengaran beberapa orang kawan-kawan menjerit nama aku. Aku membuka mata aku.

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Hari Ini, Esok dan Selamanya

Sambungan