Posts

Showing posts from August, 2012

Sambungan

Pancaran matahari mencerahkan bilik aku. Aku melihat sekeliling aku. Mimpi rupa-rupanya. Tapi aku dapat rasa macam perkara ini betul-betul terjadi. Dalam kotak fikiran aku, tertanya-tanya siapakah lelaki yang memandang aku dan juga lelaki yang berada di belakang aku. Adakah mereka orang yang sama? Lupakan tentang mimpi dan alihkan pandangan ke meja sisi aku. Aku melihat jam loceng yang telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Aku bergegas bangun daripada katil dan mencapai tuala mandi. Aku terus menuju ke bilik mandi.    "Mana pula si Jiha ni? Dah pukul 8.00 pagi. Tak kan dia masih tak bangun lagi,” rungut Nabilah. “Cik Nabilah, kau ni macam tak tahu perangai Puteri Korea tu. Dia tu kalau mandi, setengah jam baru selesai. Itu belum tambah lagi dengan pilih baju dan tudung,”jelas Mimi. Aku bergegas bersiap-siap sebelum kawan-kawan aku mula bising. Inilah aku. Aku ni selalu lewat. Tapi, bila suruh awal, terlebih awal pila. Aku ni susah nak tepati masa kerana aku terlalu sibu...