Sambungan
Pancaran matahari mencerahkan bilik aku. Aku melihat
sekeliling aku. Mimpi rupa-rupanya. Tapi aku dapat rasa macam perkara ini
betul-betul terjadi. Dalam kotak fikiran aku, tertanya-tanya siapakah lelaki
yang memandang aku dan juga lelaki yang berada di belakang aku. Adakah mereka
orang yang sama? Lupakan tentang mimpi dan alihkan pandangan ke meja sisi aku.
Aku melihat jam loceng yang telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Aku bergegas
bangun daripada katil dan mencapai tuala mandi. Aku terus menuju ke bilik mandi.
"Mana
pula si Jiha ni? Dah pukul 8.00 pagi. Tak kan dia masih tak bangun lagi,”
rungut Nabilah.
“Cik Nabilah, kau ni macam tak tahu perangai Puteri Korea
tu. Dia tu kalau mandi, setengah jam baru selesai. Itu belum tambah lagi dengan
pilih baju dan tudung,”jelas Mimi.
Aku bergegas bersiap-siap sebelum kawan-kawan aku mula
bising. Inilah aku. Aku ni selalu lewat. Tapi, bila suruh awal, terlebih awal
pila. Aku ni susah nak tepati masa kerana aku terlalu sibuk. Sibukla sangat.
Hahahahha! Aku keluar dari bilik dengan begsandang dan buku-buku ditangan.
“L”
“A”
“M”
“B”
“A”
“T” jerit kawan-kawan aku.
“T” jerit kawan-kawan aku.
“Sorry
sangat-sangat. Aku tak sengaja terlewat hari ini. Kalau ya pun, tak perlu eja
perkataan ‘lambat’. Aku tahu aku dah lambat,” balas aku sambl berjalan menuruni
tangga.
“Sorry
kau cakap! Ini bukan kali pertama tapi dan berpuluh-puluh kali kau cakap. Aku
dah tak larat nak dengar,” balas Nadzirah.
“Actually,
dah 140 kali untuk tahun ni.. kalau dia campur dengan tahun-tahun yang lepas,
dah masuk…… 8030 kali sejak kita berumur 10 tahun,” jelas Syiera yang memegang
buku catatannya. Semua orang mengalihkan pandangan ke arahnya.
“APA? Betul
la, sejak berumur 10 tahun, dia mula cakap ‘sorry’. Dalam sehari, dia akan
cakap 4 kali. Aku Cuma kira je,” jelas Syiera.
“Okay,
thanks for the information Syiera. Sekarang, lebih baik kita berolak sebelum
kita lambat untuk ke kelas,” arah Farahin.
“Okay,
tapi aku nak pergi dapur sekejap,” Aku meletakkan beg sandangku di atas sofa.
“Good
morning girls. Awalnya datang hari ni. Ada apa-apa plan ke?”sapa ayahku.
Nama ayah aku ialah Zulkiffli.
Opps, Tan Sri Zulkiffli bin Tan Sri Zakaria. Dia seorang usahawan yang berjaya.
Dia sering sibuk dengan urusan pejabat. Dia ingin melatih aku supaya aku dapat
mewarisi syarikat keluarga kami tapi aku tolak kerana abang aku lebih layak
untuk menerimanya. Walaupun hidupnya penuh dengan kesibukan duniawi, dia tetap
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang umat Islam, iaitu melakukan apa
yang disuruh oleh-Nya. Dia juga tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai
seorang suami dan seorang ayah.
Good
morning uncle,” disambut mesra oleh kawan-kawanku.
“Pagi
ni, kami semua ada kelas. Jadi, kami kena sampai awal ke kolej,” jelas
Nadzirah.
“Oh,
begitu. Sorry tentang Jiha. Dia memang selalu lambat,” kata ayah aku.
“Tak
apala uncle. Lagipun, sudah hampir 10 tahun kami kenal dia. Jadi kami dah
masala dengan perangai dia,” kata Syefa.
“Cepat
betul masa berlalu. Tak sangka kamu semua dah besar panjang. Uncle masih ingat
kamu semua masih kecil semasa menyambut hari kelahiran Najiha sewaktu umurnya
masih 11 tahun,”kata ayahku.
“Uncle
ni, janganla ungkit tentang tu. Buat malu je. Kami masih budak hingusan lagi
waktu tu. Tapi, sekarang kami dah besar panjang. Atau lebih tepat, kami dah
dewasa,” kata Syiera.
“Ya la.
Marilah join uncle breakfast sekali,” pelawa ayahku.
“Taka pa la. Kami semua dah sarapan di rumah
tadi,” Farahin menolak pelawaan ayahku dengan sopan.
“Orang dah ajak tu, pergi la. Rezeki
jangan ditolak maut jangan dicari,”aku keluar dari bahagin dapur bersama-sama
dengan ibu aku.
“Tak apalah Cik Najiha. Sekarang,
kalau kita lambat, maut lain pula menanti,” kata Mimi.
“Okayla. Jom pergi sekarang,” aku
mencapai beg sandang dan buku-buku aku. Kawan-kawan aku bersalam dengan ibu
aku. Aku pula, bersalam dengan kedua-dua ibu bapa aku.
“Drive carefully saying,” kata ibu
aku.
Inilah ibu aku. Namanya ialah Puan
Sri Madihah. Dia seorang ibu yang penyayang. Walaupun dia sibuk dengan
kerjayanya sebagai seorang usahawan produk kecantikan, dia tidak pernah lupa
tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu.
Comments
Post a Comment